Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama rakyat Malaysia. Ia dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah memupuk perpaduan di kalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana aman dan damai.
Hari Raya Aidilfitri diraikan oleh masyarakat beragama Islam setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ia adalah perayaan keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai tradisi. Bagi kaum Cina, Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan sebagai menyambut tahun baru bagi kalendar Cina. Kaum India yang beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang dikenali sebagai Deepavali. Bagi kaum Dayak di Borneo khususnya di Sarawak meraikan Gawai Dayak sebagai perayaan kaum adalah bersifat adat tradisi. Begitu juga bagi kaum Kadazan Dusun di Sabah yang merayakan Tadau Kaamatan sebagai menandakan kesyukuran selepas musim menuai. Bagi penganut agama Kristian pula, Hari Krismas atau Hari Natal disambut dengan meriahnya di seluruh negara.

No comments:
Post a Comment