Friday, October 16, 2009

PESTA KAAMATAN


Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei, bermula dari awal bulan. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan atau "ketua bomoh."

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'. Manakala ‘Megavau’ pula adalah upacara kesyukuran yang penting, dijalankan oleh bobohizan. Megavau dijalankan di sawah padi pada malam bulan mengambang pertama selepas menuai. Bobohizan akan membaca mentera dan seorang pahlawan dengan pakaian tradisi berjalan menghayun pedang untuk menghalau roh jahat.Makanan terbaik seperti tapai dan nasi akan disajikan sebagai jamuan terhadap roh.

Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta , Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo semangat manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon semangat jahat.

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Mereka berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' yang bermaksud ‘Selamat Hari Menuai’.

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut.

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.


Lagu - lagu Pesta Kaamatan

Kasaakazan Do Bambaazon

Toun haid tumahib

Au opiumanan

Toun vagu noikot no gontob

Tadau kalamazan

Chorus:-

Kotobian do Toun Vagu

Doid songovian

Ada tokou pogivovogu

Ondomo kovosian

Kanou no manaandak Mohoing dazanak

Tadau tagazo do Kaamatan

Kinasakazan Bambaazon

Chorus:-

Kotobian om kounsikaan

Hasa sopiampun

Miiso doid kasanangan

Ingkaa daa tikid toun

Chorus:-

Misompuru Id Koubasanan

Osodu noi koniab , Gontob tanong di aki,

Natalup no i ralan, Nantadon tulun tokou,

Upus nu om upus ku, Koubasan gulu-gulu,

Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon

Chorus:-

Tobpinai kanou pogi,

Mi-iso id koubasanan,

Mogiampun-ampun tokou ,

tumabi toiso-iso

Misompuru id koubasanan

Tadau do kaamatan, tadau do koubasanan,

Pogirot piombolutan, tukad do ingkokoton,

Soira po wagu tokou mamasi koubasanan,

Miobpinai toiso-iso, iso rikoton tokou.

No comments:

Post a Comment